Friday, January 2, 2009

Langkah Jutawan 2009


Salam Buat Semua...


Mulakan Langkah Jutawan 2009 anda sekarang juga!! Buat Duit Di Internet..

Jangan tangguh, Impian harus dilaksanakan... Tiada yang mustahil!!


Berpijak dibumi Nyata.. Apa yang kita TANAM, Hasilnya pasti kita TUAI

Insya Allah...bagi yang berusaha kita pasti akan berjaya!



Labels: , ,

Wednesday, December 31, 2008

Tekad Nak Jadi Jutawan

Salam buat semua yang mengikuti blog saya...

Tinggal beberapa jam lagi kita akan menyambut Tahun Baru 2009. Di saat ramai kawan-kawan sibuk untuk kedestinasi sambutan tahun baru.. saya meluangkan masa untuk menulis diblog ini. Sebenarnya hati saya terlalu kuat berbisik menyatakan bahawa tahun 2009 nanti adalah tahun untuk saya bergelar Jutawan...


Dengan tenang...sambil merundukkan diri serta hati, saya benar-benar dapat merasakannya serta bertambah yakin tahun 2009 pasti adalah tahun yang bakal cemerlang, gemilang dan terbilang untuk saya... Insya Allah!




"Ya Rabbana.. Hari ini aku mohon pada Mu keampunan
atas dosa-dosa yang aku lakukan... dosa pada bonda, dosa pada ayahanda,
dosa pada isteri ku, dosa pada anak-anak ku, dosa pada adik beradik ku,
dosa pada kawan taulan serta dosa pada jiran tetangga ku...ampunilah aku Ya Rahim..


Aku bertaubat pada Mu Ya Allah... Sucikan hati ku, bersihkan fikiran ku,
Basuh diriku dengan ampunan Mu, Sirami jiwaku dengan kemuliaan Mu....
Ya Allah.. bimbing aku ke jalan Mu yang Benar..
Jadikan setiap langkah dan kegiatan ku mendapat redha Mu ...
Beri aku cahaya... seperti cahaya yang Kau beri pada Nabi Muhammad saw..
Hingga aku keluar dari kegelapan, hingga aku keluar dari kesesatan,
..serta keluar dari kebodohan....

Ya Allah ....Ya Razzaq.. Yang Maha Memberi Rezeki
Bukalah pintu rezeki ku.. yang jauh Kau dekatkanlah Ya Allah,
Yang dilangit Kau turunkanlah Ya Allah, Yang Susah Kau permudahkanlah Yang Allah..
Sesungguhnya Engkaulah Ar Razzaq Yang Maha Pemberi Rezeki...

Robbana aatinaa fiddunyaa hasanah, wafil aakhiroti hasanah waqinaa adzaabannaar,
Subhaana robbika robbil izzati amma yashifuun,
Wasalaamun alal mursaliin... Walhamdulillaahi robbil aalamin.."


Emosi atau Suara Hati? Mudah-mudahan ianya adalah Suara Hati Ku. Semuanya terdetik ketika bersiap siap untuk pulang dari kerja tadi, saya membaca email yang dihantarkan oleh seorang kenalan yang amat menarik minat dan buat saya terfikir seketika.. lantas terus saya melewati halaman web tersebut..

Strategi yang menarik, ringkas serta mudah difahami dan memberi peluang kepada kita untuk memulakan satu perniagaan di internet di awal tahun 2009. Saya terus mendaftar kerana saya percaya pada bisikan hati saya yang berkata
"Sesungguhnya Rezeki Itu Datang Dari Sudut Atau Ruang Yang Tidak Kita Jangkakan."



Lebih penting lagi anda boleh jadi ahli secara Percuma! Yang tunggu dan lihat ... ambil tindakan sekarang sila klik !! Suara Hati Bakal Jutawan

Justify Full




Labels: , ,

Thursday, December 18, 2008

How to Get Out of the Rat Race?



Insanity means doing the same thing over and over again and expecting different results. (Albert Einstein)


Pernah atau tidak anda terfikir untuk keluar dari “Rat Race” ?




Kehidupan yang memerlukan anda bekerja keras, keluar pagi dan pulang semula di tengah malam, dan adakalanya anda tidak sempat pun untuk berkomunikasi dengan anak-anak.
Anda merasakan anda perlu kerja 25 jam sehari, atau 8 hari seminggu, tetapi hasilnya sedikit, anda masih dibebani dengan pelbagai hutang dan perbelanjaan lainnnya.
Pekerjaan yang dahulunya anda rasakan ia adalah pekerjaan impian anda tetapi bila anda sudah bekerja, anda terasa bosan dan kalau boleh, ingin berhenti sekarang juga. Hujung bulan, gaji yang anda dapat semuanya sudah habis digunakan, malah terpaksa menambah hutang demi hutang.


Anda terfikir untuk berhenti bekerja, malangnya anda tidak boleh! Anda masih memerlukan wang setiap bulan untuk mengisi perut anda dan keluarga. Kalau anda berhenti kerja, siapa lagi yang akan menyediakan sesuap nasi kepada keluarga? Siapa yang mahu tolong membayarkan hutang kad kredit, hutang kereta, hutang rumah, hutang berkahwin, pinjaman pelajaran, hutang peribadi, hutang pinggan mangkuk, hutang perabot rumah dan lebih malang, anda baru sahaja ditipu oleh rakan anda yang menawarkan skim pelaburan yang menjanjikan pulangan 100% dalam masa 3 bulan.

Insanity mean doing the same thing over and over again and expecting different results. (Albert Einstein)

Adakalanya kita tersedar yang impian sebenar hidup kita tidak mungkin akan tercapai kalau kita berterusan sebegini. Bekerja bagai nak rak, tetapi hasilnya terlalu kecil. Mungkin anda menyatakan, yang paling penting berusaha. Rezeki Tuhan akan bagi juga. Lagi kuat kita berusaha, lagi hampir kepada rezeki-Nya. Adakah ianya tepat?
Sebenarnya, kita perlu melakukan sesuatu yang betul, pada masa yang betul - Do a right thing, at a right time.
Dan sekiranya kita sudah menjumpai aplikasi formula ini dalam kehidupan yang sebenar, maka kita perlu ulang sahaja perbuatan tersebut sebanyak mana yang kita mahukan. Sekiranya anda tahu kehidupan anda yang sedia ada ini tidak mampu memenuhi impian dan cita-cita anda, kenapa anda perlu teruskan gaya kehidupan yang sama? Bak kata Einstein, itu kerja orang gila!
Muhammad b Abdullah, matlamat akhirnya satu, Islam memerintah manusia. Usahanya gagal di Mekah, hanya diberikan perlindungan diplomatik di Habsyah, malah gagal juga di Taif, dan akhirnya baru berjaya di Madinah.

Bukankah ia satu sunnah untuk kita berubah sekiranya perubahan itu boleh menjadikan kehidupan kita lebih baik? Pakdi.my


Sekira anda sedang mencari peluang dan berusaha untuk berubah maka sila layari halaman berikut: Suara Impian


Labels: , , ,

Friday, November 21, 2008

Bicara Kata

Salam buat semua...
Apa khabar? Doa saya semoga semua yang mengikuti blog saya sentiasa berada di dalam keadaan sihat sejahtera bersama ibubapa, isteri serta seisi keluarga.
"Suara Jutawan" adalah ilham yang datang dari suara hati saya untuk berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman dan perjalanan diri saya dari mula memasuki alam pekerjaan hinggalah kesaat ini. Saya juga akan memberi 'tips-tips' yang berguna terutamanya dalam bidang pemasaran (marketing). Buku-buku yang telah saya baca juga akan saya senaraikan dari masa ke semasa untuk kita sama-sama mengambil pengajaran walaupun hanya satu dari sepuluh idea dan pengajarannya.
Blog "Suara Jutawan" akan menyenaraikan peluang-peluang perniagaan yang terkini bagi anda yang ingin memperolehi pendapatan sampingan dangan cara dan kehendak anda sendiri.
Akhirkata semoga kita semua sentiasa beroleh kejayaan bukan setakat di dunia tetepi di akhirat jua.
Salam Perjuangan..165

Labels: , ,